MAKLUMAT KELAS TABIKA PERPADUAN TAMAN PERMATA
Kelas ini dibuka pada tarikh 07 Januari 2002 bertempat di Pusat Rukun Tetangga Jitra Utara, Taman Permata, Jitra. Ianya bangunan hak milik Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) yang didirikan bersama bangunan Rukun Tetangga Jitra Utara.
Keluasan bangunan ini dianggarkan 237.94 meter persegi. Mempunyai sebuah ruang dapur, dua bilik air, ruang bilik darjah, ruang menunggu, ruang pentadbiran, sebuah pentas dan sebuah stor. Manakala bahagian luarnya pula (bahagian belakang bangunan) terdapat peralatan permainan luar dan sebuah padang permainan ( dihadapan pagar bangunan). Mempunyai sudut-sudut yang bertunjangkan enam (6) kompenen mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Beroperasi secara rutin dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Manakala setengah jam lagi untuk Kelas Iqra' pada hari Ahad sehingga Selasa dan Kelas Membaca Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris setiap Rabu dan Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan