Isnin, 22 Ogos 2011

PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN 2012 DIBUKA SEKARANG

APRESIASI SENI



ANTARA HASIL YANG DIPAMERKAN DI TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA-  KREATIVITI

Pengagihan tugas yang perlu dilakukan oleh murid  dijelaskan secara terperinci. Ini menyebabkan murid menjalankan tugas dengan baik dan terwujudnya suasana pembelajaran yang positif, seronok, mesra serta mempunyai unsur-unsur kecindan.

Walaupun kanak-kanak mempunyai perbezaan individu dari aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan rohani, guru seharusnya membantu mencari jalan penyelesaian untuk mencari kesepakatan antara mereka.

NAH..EKSPRESI KREATIF - SEMPENA MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA.
GONG XI FA CHAI.


   



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA

Peka kepada keperluan murid-murid mengikut Teori Maslow, mengetahui tugas-tugas perkembangan mengikut Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP) dan terhadap kepentingan memupuk sahsiah yang positif di kalangan murid-murid. Maka dengan itulah kadang kala, biarkan "mereka bekerja sendiri atau berpasukan" dengan pengawasan kerana dengan itulah cara meningkatkan daya persepsi yang luas dan berfikir dengan persepsi yang mendalam seperti yang telah dinyatakan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (4M). 
 Apa yang dilihat, didengar, disentuh dalam aktiviti seharian akan membina jati diri kanak-kanak dalam pelbagai aspek. 

AKTIVITI LUAR KELAS

TUNJANG FIZIKAL
PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN

Contoh Aktiviti untuk Perkembangan Motor Halus

Di dalam menghasilkan doh, kanak-kanak belajar menggunakan motor halus mereka secara giat.

Bukan sahaja memahirkan jari jemari mereka tetapi juga mempertingkatkan koordinasi mata tangan dengan aktif.

Disamping itu kemahiran imaginasi mereka akan bertambah dengan rekaan tersendiri.

Tanpa disedari kemahiran bertutur dapat dipupuk secara tidak langsung dengan penceritaan hasil karya mereka yang pelbagai.

Khamis, 18 Ogos 2011

MATLAMAT DAN PIAGAM PELANGGAN KELAS TABIKA PERPADUAN TAMAN PERMATA

MATLAMAT

Memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang terbaik melalui iklim persekitaran  dan budaya tabika yang harmonis, kondusif, muhibah dan saksama untuk membina modal insan yang syumul, dinamik, emosi yang stabil dan minda yang cerdas.

Di samping itu untuk menyuburkan  potensi pelajar dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang dari segi agama dan akademik selaras dengan Falsafah Pendidikan Prasekolah Kebangsaan.

PIAGAM PELANGGAN 

TABIKA PERPADUAN TAMAN PERMATA ADALAH KOMITED UNTUK MEMBIMBING MURID-MURID PELBAGAI KAUM UNTUK MEMBENTUK MODAL INSAN YANG SEIMBANG, DINAMIK, EMOSI STABIL DAN MINDA CERDAS BERLANDASKAN KEPADA  FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
  
* Mendidik murid-murid menjadi modal insan yang syumul, dinamik, emosi stabil dan minda cerdas.
* Melaksanakan garis panduan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
* Melaksanakan penggunaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di dalam bilik  darjah.
* Melaksanakan amalan pemakanan yang seimbang, bersih dan berzat.
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesamenarik dan selamat.
Memujudkan semangat perpaduan yang kukuh di kalangan ibubapa melalui aktiviti  kokurikulum.
* Menerapkan nilai-nilai murni yang diperlukan dalam kehidupan seseorang murid. 
Melengkapkan minda murid-murid kelas pertama.


VISI DAN MISI KELAS TABIKA PERPADUAN TAMAN PERMATA

 VISI

Menjadi sebuah institusi pendidikan yang unggul dalam usaha melahirkan modal insan yang shumul, dinamik, emosi yang stabil dan minda cerdas di era globalisasi ini.

MISI

Berusaha menyediakan program  pengajaran dan pembelajaran yang mampu     membangun serta membina modal insan yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak mulia, fizikal yang sihat, emosi yang stabil, berketrampilan, berdisiplin, bertanggungjawab dan bermotivasi melalui komitmen  dan iltizam semua guru, kakitangan dan mendapat  sokongan padu daripada ibu bapa dan masyarakat setempat.

TENAGA PENGAJAR

BIODATA GURU


NAMA:
Rahayu binti Husin


NO. TELEFON:
019-5133673


KELULUSAN AKADEMIK:
Diploma Perguruan Malaysia
Institut Perguruan Guru Malaysia,
Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah.


PENGALAMAN BERTUGAS:
Tabika Perpaduan Taman Desa Permata, Langkawi.
Tabika Perpaduan Taman Sera, Jitra.
Tabika Perpaduan Changlun

MAKLUMAT KELAS TABIKA PERPADUAN TAMAN PERMATA

MAKLUMAT KELAS TABIKA PERPADUAN TAMAN PERMATA

Kelas ini dibuka pada tarikh 07 Januari 2002 bertempat di Pusat Rukun Tetangga Jitra Utara, Taman Permata, Jitra. Ianya bangunan hak milik Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) yang didirikan bersama bangunan Rukun Tetangga Jitra Utara.

Keluasan bangunan ini dianggarkan 237.94 meter persegi. Mempunyai sebuah ruang dapur, dua bilik air, ruang bilik darjah, ruang menunggu, ruang pentadbiran, sebuah pentas dan sebuah stor. Manakala bahagian luarnya pula (bahagian belakang bangunan) terdapat peralatan permainan luar dan sebuah padang permainan ( dihadapan pagar bangunan). Mempunyai sudut-sudut yang bertunjangkan enam (6) kompenen mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.


Beroperasi secara rutin dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Manakala setengah jam lagi untuk Kelas Iqra' pada hari Ahad sehingga Selasa dan Kelas Membaca Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris setiap Rabu dan Khamis.